Thursday, December 6, 1973

Siapa Abuya mu?

Siapa abuyamu...hai puteriku Zamila Salsabila...

Abuyamu bernama Kamaruddin Wahab. Lahir di sebuah desa di negeri Kedah bernama Kampung Datuk pada tanggal 06 Disember 1973. Abuyamu lahir dalam keluarga petani dan penoreh. Konon yang abuya dengar, nendanya sebelah ayah adalah seorang hartawan yang punya hartanah yang luas. Tetapi, apa yang abuya tahu, ayahnya tidak mewarisi kekayaan tersebut. Ayah kepada nenda sebelah ibu pula tersohor di rantaunya sebagai seorang Tok Guru. Tok Guru Hj. Saleh dipanggil orang.

Ayah abuya seorang siak masjid. Semua adik beradik abuya belajar di sekolah agama rakyat. Ayah abuya punya sikap, amat mementingkan pendidikan agama untuk anak-anaknya.

Abuya belajar peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar. Kemudian melanjutkan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah. Setelah tamat tingkatan 6 atas, abuya menyambung pelajaran ke Universiti Malaya dengan kursus Syariah Perundangan.

Tamat pengajian di Universiti pada tahun 1998, abuya bekerja di Kuala Lumpur sebagai guru agama di rumah-rumah orang ternama dan berkedudukan di Kuala Lumpur sehinggalah abuya berpindah ke Kuantan, Pahang. Di sana abuya terlibat dengan ABIM sebagai SU kerja. Genap 2 tahun abuya meletakkan jawatan dan kembali bergentayangan di Kuala Lumpur sebagai guru agama dari rumah ke rumah. Sehinggalah tahun 2003, abuya diterima masuk ke Maktab Perguruan Kent, Sabah untuk KPLI.

Tamat KPLI, abuya ditempatkan di Sandakan, iaitu sebuah kampung nelayan di kepulauan Sandakan bernama Tanjong Batu. Di san, abuya berkhidmat sebagai guru agama sehingga bulan ogos 2008. Pelbagai cabaran dan mehnah dakwah abuya tempuhi sepanjang di sana. Akhirnya abuya dipindahkan ke sebuah sekolah lain atas faktor keselamatan.

Abuya berkhidmat pula di Sk. Sibugal Besar.



SEDANG ONLINE