Wednesday, June 10, 2009

Melawat Kota Kinabalu-Jun 2009

Hari Isnin, 8 Jun 2009, kira-kira jam 8.00 pagi, Zamila, abuya dan maksu Kamalia bertolak menuju Kota Kinabalu. Bersama-sama ialah teman abuya, ust. Kamal Shurdin serta keluarganya. Perancangan, selain melancong sempena cuti sekolah, ialah menghantar permohonan tiket balik kampung ke pejabat pendidikan.


Tinggal di hostel kompleks sukan Likas.

Zamila serta abuya dan maksu hanya pulang sampai ke rumah di Sandakan pada hari rabu, jam 10.00 malam.
Singgah makan tengahari di Masjid Jamik Kundasang


Singgah bergambar bersama Nuha dan Naufal.
Di salah sebuah lokasi berlatarbelakang gunung Kinabalu
Bersama maksu Kamalia

Minum setin soya...menghilangkan dahaga...di tepi Pasar Filipin, Kota Kinabalu.
Bersiar-siar di Pantai Tanjung Aru
Singgah solat Zohor di Masjid Likas sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Saturday, June 6, 2009

Singgah solat di Masjid Al-Ghaffar


Singgah Solat di Masjid al-Ghaffar, Kota Kinabatangan, sebelum perjalanan diteruskan.

Beluran : 58 KM, Telupid: 101 KM, Ranau :198 KM dan Sandakan : 78 KM.
(Dari Masjid al-Ghaffar, Kota Kinabatangan)

Gua Gumantong



Hari ini, 6 Jun 2009, Abuya membawa Zamila dan Maksu Kamalia ke Gua Gumantong. Abuya menyampaikan kuliah dasar bagi satu slot program PSS sebelum itu di SMK Bukit Garam.



Thumb up for today's visit....

Friday, June 5, 2009

Besiar-siar di Kompleks Sukan Sandakan.


Tanggal 5 Mei 2009

Wednesday, June 3, 2009

Tuesday, June 2, 2009

Ke IPG Tawau



Zamila ketika dalam perjalanan menghantar ummi ke IPG Tawau pada 30 Mei 2009

Melancong Ke Semporna

Tanggal 30 Mei 2009, Zamila dibawa abuya ke Tawau kerana menghantar ummi yang akan menamatkan kursus terakhir j-Qaf di IPG Tawau. Turut bersama ialah maksu Kamalia yang baru sampai dari kampung kelmarin. Semalaman di Holiday Inn, di sebuah hotel di pusat bandar Tawau, Zamila sukar sekali tidur. Sampai jam 3 pagi, dia masih lagi melompat antara katil sendirian. Padahal, abuya, ummi dan maksu telah lama dibuai mimpi.

"Tidurlah wahai zamila..."nasihat abuya sewaktu mahu tidur kira-kira jam 11 malam.
"Belum tidur lagi wahai Zamila?", abuya terjaga dan menegur Zamila kira-kira jam 12 tengah malam.
"Wah...kenapa belum tidur lagi?", abuya merasa hairan dengan kedegilam sepasang mata Zamila apabila terjaga jam 2 pagi, Zamila masih bermain sendirian.
"Tidur Zamila..."Abuya menegaskan untuk Zamila apabila bangun jam 3 pagi, dia masih belum tidur. Akhirnya Zamila tidur.

Pada 31 Mei, kira-kira jam 11.00 pagi, abuya bersama Zamila dan maksu Kamalia menuju ke Semporna. Ummi tinggal di maktab meneruskan perjuangannya.



Berama abuya di depan masjid daerah Semporna Sabah .





Bergambar di atas jambatan di Dragon Inn, Semporna .



Satu Posing Zamila di atas jambatan floating hotel, Semporna.

Bersama maksu Kamalia.

SEDANG ONLINE