Monday, November 10, 2008

Aku dan anak pulang kampung berdua

Pada 9 November 2008, Zamila Salsabila pulang ke kampung bersama baba. Ummi tidak ikut serta kerana terpaksa berkursus di IPG Tawau. Gambar ini diambil sewaktu di LCCT.

Thursday, October 23, 2008

Sunday, October 5, 2008

Annaku Zamila dengarlah nasihat

Annaku Zamila dengarlah nasihat
Jangan sekali berbuat jahat
Hendaklah hidup berbudaya sihat
Barulah Allah limpahkan berkat

Di kala engkau besar dewasa
Ingatlah pada satu masa
Waktu engkau kecil tak berdosa
Maruah diri jagalah sentiasa

Saturday, October 4, 2008

Zamila di hari raya puasa 1429

Zamila di hari raya

Tuesday, September 2, 2008

Buat apa tuh?




Monday, August 25, 2008

Zamila di Jalil Alip-Hari Keluarga

Pada 24 Ogos 2008, Zamila dibawa ummi dan abuya menghadiri hari keluarga anjuran lajnah kebajikan dan sosial DPPKS. Hari keluarga tersebut diadakan di Jalil Alip dan disertai sebilangan sahabat-sahabat abuya dalam DPPKS.

Thursday, August 21, 2008

Melawat Sepilok: Orang Utan Rehabilation Centre


Berjalan sendirian di jambatan dalam rimba sepilok.

Kompleks Sukan Sandakan


Zamila menyusur sendirian di perjalan ini...

Anak Zaman Komputer


Zamila sedang menekuni sesuatu di depan komputer.

ZAMILA KE TANJUNG BATU


Pada tanggal 9 Ogos 2008, Zamila bersama ummi dan abuya melawat Tanjong Batu buat kesekian kalinya sebelum abuya berpindah meninggalkan Tanjong Batu kerana bertukar tempat berkhidmat sebagai guru agama. Kelihatan Zamila bersama seorang nenek Tanjong Batu Darat.

Sunday, August 17, 2008

Di Jambatan 20 Kg Sim Sim

Kampung Sim-Sim adalah sebuah penempatan awal Sandakan yang terletak di kawasan Sim-Sim. Ia merupakan penempatan di atas air yang telah dibahagikan kepada beberapa jambatan dan lot.

Abuya membawa Zamila ke sini pada hari ini kerana menyertai teman-teman yang sedang mempromosikan Pasti. Ummi tiada serta kerana berada di IPG Tawau.

Monday, August 4, 2008

Di masjid Daerah


Kompleks Sukan Sandakan

Abuya dan Zamila
Zamila bersama seorang budak perempuan di Kompleks Sukan Sandakan.

Monday, July 28, 2008

Jaga Solat Ya Anakku...


Kelihatan Zamila sedang belajar sujud...mudahan Zamila tergolong dalam ahli solat.

Melawat Taman Buaya Sandakan


Pada 3 Mei 2008, Zamila bersama ummi dan abuya melawat Taman Buaya Sandakan. Zamila tidak melepaskan kesempatan menunggang seekor anak buaya.

Di Taman Permainan Kuala Nerang


Pada tanggal 30 Mei 2008, Zamila berada di Taman Permainan Kuala Nerang.Kelihatan Zamila bersama abg dan kakak sepupu.

Zamila di IPG Tawau


Pada 13 Januari, ummi mendaftarkan diri sebagai pelajar di IPG Tawau bagi kemasukan j-Qaf 2008. Zamila sedang didukung oleh uncle Mahyuddin disaksikan oleh Ust Zaiem.

Di Pondok Timpohon, Kinabalu Park.


Zamila Salsabila bersama ummi di gerbang Timpohon berlatarkan latar belakang kabus Kinabalu
(22 Oktober 2007)

Thursday, July 24, 2008

Hari Penerbangan Pulang Ke Sandakan



Setelah hampir 2 minggu bercuti di Kedah, aku kembali ke Sabah bersama anak. Gambar menunjukkan aku, Afan dan Zamila di LCCT. Zamila sedang tidur keletihan. Troli bagasi menjadi tempat tidur enak kalau mengantuk sudah menguasainya.

Anis Shahira menghayun buaian buat Zamila


Anis Shahira sedang menghayun buaian di bawah pokok asam pinggir rumahku di Kampung Datuk.Gambar ini di ambil pada tanggal 1 Jun 2008 ketika aku bersama anak pulang bercuti di Kedah.

Pada hari aku pulang bersama anak ke kampung


Pada 26 Mei 2008, aku bersama anakku, Zamila Salsabila pulang ke kampung,bercuti. Isteriku berkursus di IPG Tawau. Gambar ini adalah ketika kami bermalam di LCCT kerana penerbangan pulang ke Alor Setar adalah menjelang pagi esoknya.

Sunday, July 20, 2008

Hari Sukaneka KRT Taman Fajar







Penyertaan saya dalam acara lumba lari berkaki zirafah tidak sia-sia. Saya mendapat tempat kedua. Belum pernah saya memasuki acara tersebut sebelumnya. Namun, tunjuk ajar yang diberikan oleh ust, Sukri Mohamad mengenai cara memegang kayu yang terbaik, menjadikan saya berkebolehan melakukannya, malah menyingkirkannya ke tempat ketiga. Kelihatan anakku Zamila Salsabila sedang bermain dengan hadiah-hadiah yang kami menangi..

Tuesday, July 8, 2008

Gurindam Untuk Anakku

Wahai anakku permata jiwa
Dengarlah ini satu cerita
Ada nasihat hidup di dunia
Ambillah ingatan sepanjang masa

Ingatlah kisah Adam dan Hawa
Itulah asal mulanya kita
Merekalah manusia pertama dicipta
Dicipta oleh Tuhan yang berkuasa

Dari tanah Adam dicipta
Itulah asal usul manusia
Disuruh malaikat suiud semua
Iblis pula menunjuk derhaka

Kepada Adam amatlah dengki
Dia merasa hebat sekali
Amatlah sombong meninggi diri
Sujudkan Adam tidak sekali-kali

Murkalah Allah Tuhan pencipta
Iblis yang engkar lalu dicela
Dari syurga dihalau segera
Mulalah dia mengatur tipu dan daya

Adam dan Hawa di dalam Syurga
Setiap masa berseronak suka
Segala kehendak di depan mata
Kecuali satu perlu waspada

Dalam syurga sepohon kayu
Adam dilarang mendekat ke situ
Iblis mencari peluang menipu
Agar Adam tersalah laku

Setelah berlalu beberapa masa
Iblis pun dapat peluang berharga
Adam dan Hawa lalu terpedaya
Buah larangan dimakan mereka

Adam dan Hawa menyesal sekali
Namun sesal tak guna lagi
Mereka berdua dihalau ke bumi
Di sanalah mereka akan menghuni

Hidup yang senang tiadalah sudah
Sehari-hari penat dan susah
Tinggal di bumi bukanlah mudah
Jika dibanding dengan syurga Allah

Bermulalah sejarah manusia di bumi
Zuriat Adam bersilih ganti
Lahirlah Qabil dan Habil permata hati
Iblis laknatullah sentiasa memerhati

Qabil digoda lalu ditipu
Diikutnya hati yang penuh cemburu
Dibunuh adik tanpa segan dan silu
Jadilah Qabil sesal sepanjang waktu

Manusia kekal dalam iman
Sehingga menjelang beberapa zaman
Zaman nabi Nuh hilanglah panduan
Patung berhala Dijadikan Tuhan

Nuh dihantar sebagai utusan
Kepada kaumnya memberi peringatan
Agar kembali bertauhidkan Tuhan
Perbuatan syirik hendaklah dijauhkan

Nuh berdakwah gigih sekali
Kaumnya diajak setiap hari
Agar kembali menyembah Allahu Rabbi
Tiadalah letih biarpun tahun berganti

Nuh berdakwah cukup lama
Hampir seribu tahun tak putus asa
Cuma 80 orang pengikut setia
Nuh pun sedar tibanya masa

Hujan lebat Nuh pohonkan
Agar banjir serata alam
kaum derhaka biar ditenggelamkan
barulah sejahtera zuriat insane

Doa Nuh dikabulkan ilahi
Banjir tenggelah seluruh negeri
Mati lemas anak sendiri
Ajakan bapa tidak mahu diikuti

Setelah kering air bah
Tinggallah manusia berimankan Allah
Tiadalah lagi berhala disembah
Tapi tak lama iman pun goyah

Manusia kembali diperdaya syaitan
Agama Tuhan lalu disia-siakan
Rosakalah akidah perangai dan kelakuan
Banyaklah dosa menjadi mainan

Nabi dan rasul dihantar Allah
Kepada manusia tugasnya berdakwah
Hanya Allah berhak disembah
Mungkar dan dosa jangan diredah

Allah utuskan nabi Idris dan Hud
Allah juga utuskan nabi Soleh dan Lut
Kepada kaum mereka bernama ‘Add dan tsamud
Yang bertuhankan pelbagai Taghut

Allah hantarkan Ibrahim kepada Namrud
Allah utuskan Ismail, Ishak dan juga Yaakob
Nabi Yusof , Syu’aib dan juga Ayob
Musa , Harun, Zulkifli dan juga Daud

Sulaiman, ilyas , ilyasak, yunus, zakaria
Yahya , Isa semuanya rasul belaka
Nabi Muhammad penutup mereka
Membawa Islam lengkap dan sempurna

Agama kita agama Islam
Berpeganglah kukuh janganlah waham
Hendaklah percaya penuh iman
Tiada goyah walau diancam

Dunia ini penuh godaan
Pujuk rayu dari syaitan
Hendaklah ingat jangan lalaikan
Berpegang teguh agama Tuhan

Hidup di dunia tidaklah lama
Kita ini laksana pengembara
Sampai masa ajal pun tiba
Tinggallah dunia segala isinya

Janganlah lupa cari bekalan
Amal soleh sentiasa tingkatkan
Dalam kubur kelak keseorangan
Tiadalah siapa hendak berteman

Telah ramai manusia tersungkur
Digoda syaitan iman hancur
Menanggung sesal di dalam kubur
Apakan daya nasi dan jadi bubur

Syaitan itu musuh kita
Amatnya terang lagi nyata
Dalam firman dan juga sabda
Telah dinyatakan dengan tegasnya

Sejak Adam datuk kita
Disingkir dari syurga loka
angkara syaitan musuh durjana
kita sentiasa berusaha kembali ke sana

Sekian
08 Julai 2008
Tmn fajar

Monday, May 19, 2008

Pantai Likas-18 Mei 2008


Zamila bersama ummi.


Pada tanggal 18 Mei 2008, Abuya membawa ummi dan Zamila melancong ke Kota Kinabalu. Di Pantai Likas, kita singgah makan tengah hari. Malamnya, kita bermalam di hotel Tabung Haji. Sesungguhnya, abuya amat memahami bahawa membawa keluarga melancong pada masa-masa tertentu adalah pengisian kekeluargaan yang perlu diteruskan demi kedamaian dan kesentosaan sebuah usrah.

Friday, March 7, 2008

Zamila Mahu Tumbuh Gigi

Zamila Salsabila demam sejak 3 hari lalu. Mungkin gigi gerahamnya mahu tumbuh. Dia selalu menggigit jari dan apa sahaja yang tergapai. Rupanya bayi yang mahu tumbuh gigi menderita sakit..

Saturday, January 12, 2008

Singgah di Air Terjun Madai


12 Januari, dalam perjalanan ke IPG Tawau, Zamila sempat singgah bersama ummi, abuya, uncle Mahyuddin dan isterinya Ana.

Air Terjun Madai terletak di pinggir jalan dari Lahad Datu-Kunak. Ini adalah kali pertama abuya dan ummi singgah. Air terjun ini tidaklah sejernih air terjun Puncak Janing, Bukit Wang , atau mana-mana air terjun yang terdapat di Kedah. Memang susah mencari air terjun yang bagus di sini.

SEDANG ONLINE