Wednesday, May 30, 2007

Hari pertama selepas dilahirkan

Nenek Zamila Salsabila (Ibuku) keletihan kerana beberapa hari ini kurang tidur menanti kelahiran cucunya itu.

Maksu Kamalia sedang melihat-lihat anak saudaranya yang baru dilahirkan.

Tuesday, May 29, 2007

Lahirnya Zamila Salsabila ke dunia.

Pada hari ini, tanggal 28 Mei 2007, cahayamataku yang pertama lahir ke dunia (mudah-mudahan ada lagi sesudah ini). Dia lahir di Hospital Duchas Of Kent, Sandakan. Aku memilih antara beberapa nama untuk kuberikan kepadanya. Pada mulanya aku agak kebingungan untuk menetukan mana satu antara nama-nama tersebut. Mulanya aku ingin namakan dia Suri Zamila. Terlintas pula Suri Salsabila. Entah kenapa aku berminat untuk meletakkan nama Suri di pangkal nama anakku. Mungkin terkesan dengan watak dalam beberapa karya sastera yang pernah aku lakarkan di masa remajaku.
Suri Zamila. Suri Salsabila. Aku tidak boleh membuat keputusan sendiri. Aku menyuruh isteriku, adikku, ibuku dan ibu mentuaku mencabut undi bagi memilih salah satu nama tersebut. Ternyata yang nak adalah Suri Zamila. Tetapi, aku mahu nama Salsabila dimasukkan dalam nama anakkku.
Semasa aku baru graduate dari Universiti pada tahun 1998, seorang teman serumah setinggan dengank, Sdr Hazri Hasyim, menyebutkan tentang nama Salsabila. Katanya dia ingin menamakan anaknya Nurain Salsabila bila dia ada anak kelak. Masa itu, kami masih sama-sama bujang.
Akhirnyaaku memilih kedua-dua nama tersebut. Aku gabungkannya menjadi Zamila Salsabila. Orang bertanya maknanya. Aku katakan Zamila itu ertinya teman. Aku mahu diua menjadi temanku sehingga hari tuaku. Aku juga mahu dia menjadi teman yang setia buat suaminya nanti. Salsabila itu pula nama mata air dalam syurga yang diminum airnya oleh ahli syurga. Jadi Zamila Salsabila membawa mesej seorang yang bakal menjadi teman yang baik, setia dan mengembirakan. Dia akan akan menjadi penyejuk mata dan penenag jiwa sebagaimana sejuk dan segarnya ahli syurga meminum air mata Salsabila di dalam syurga.
Ada orang mengatakan aku memetik nama tersebut dari lagu Yasin. Tetapi, terus terang aku tidak pernah mendengar lagu Yasin tentang nama Salsabila. Dan aku tidak berminat pun dengan Yasin. Aku diilhamkan oleh Allah SWT.
Atas segala nikmat kurniaan Allah, aku bersyukur kepada Zamila Salsabila lahir sebagai anak yang sihat. Sewaktu dia mula keluar ke dunia ini, kulitnya putih kemerah-merahan. Bagaikan kulit gadis mongolia...aku memuji syukur kepada Allah swt. Aku azankan dan qamatkan ke telinganya agar kata-kata keramat itu pertama masuk ke pendengarannya.
Anakku sihat dan comel. Itulah nikmat anugerah Allah swt kepadaku. Lebih daripada itu, ia adalah amanah yang menuntut jagaan dan perhatianku.

SEDANG ONLINE