Thursday, June 28, 2007

Hari neneknya pulang ke Kedah


Gambar ini di ambil ketika sedang menunggu kapal terbang Air asia akan berlepas jam 5.15 petang di Lapangan Terbang Sandakan, Sabah. Tanggal 27 Jun 2007.

Monday, June 11, 2007

Abuya kemalangan

Setelah dua minggu kelahiran Zamila Salsabila, satu pagi, hari Isnin, tanggal 11 Jun 2007, ketika sedang memandu motosikal menuju ke bandar, untuk kembali bertugas, abuya ditimpa kemalangan. Abuya terlanggar bahagian hadapan sebuah kereta jenis frontier yang tiba-tiba membuat pusingan U. Akibatnya, motosikal rosak teruk dan abuya terpelanting jatuh. Abuya luka-luka dan mengalami keretakan pada tulang betis kanan.


Doktor mahu simenkan tetapi abuya enggan. Abuya mendapat khidmat mengurut dari seorang tukang urut di kampung Muhibbah, batu 2.

Ibu abuya meminta supaya diposkan minyak daripada lebai Hasan yang selalu mengubat tulang patah.

Wednesday, June 6, 2007

Baki tali pusat gugur

Hari ini, tanggal 5 Jun 2007, kira-kira jam 6.00 petang, tali pusat Zamila Salsabila pun jatuh.

SEDANG ONLINE