Monday, June 11, 2007

Abuya kemalangan

Setelah dua minggu kelahiran Zamila Salsabila, satu pagi, hari Isnin, tanggal 11 Jun 2007, ketika sedang memandu motosikal menuju ke bandar, untuk kembali bertugas, abuya ditimpa kemalangan. Abuya terlanggar bahagian hadapan sebuah kereta jenis frontier yang tiba-tiba membuat pusingan U. Akibatnya, motosikal rosak teruk dan abuya terpelanting jatuh. Abuya luka-luka dan mengalami keretakan pada tulang betis kanan.


Doktor mahu simenkan tetapi abuya enggan. Abuya mendapat khidmat mengurut dari seorang tukang urut di kampung Muhibbah, batu 2.

Ibu abuya meminta supaya diposkan minyak daripada lebai Hasan yang selalu mengubat tulang patah.

No comments:

SEDANG ONLINE