Tuesday, June 2, 2009

Melancong Ke Semporna

Tanggal 30 Mei 2009, Zamila dibawa abuya ke Tawau kerana menghantar ummi yang akan menamatkan kursus terakhir j-Qaf di IPG Tawau. Turut bersama ialah maksu Kamalia yang baru sampai dari kampung kelmarin. Semalaman di Holiday Inn, di sebuah hotel di pusat bandar Tawau, Zamila sukar sekali tidur. Sampai jam 3 pagi, dia masih lagi melompat antara katil sendirian. Padahal, abuya, ummi dan maksu telah lama dibuai mimpi.

"Tidurlah wahai zamila..."nasihat abuya sewaktu mahu tidur kira-kira jam 11 malam.
"Belum tidur lagi wahai Zamila?", abuya terjaga dan menegur Zamila kira-kira jam 12 tengah malam.
"Wah...kenapa belum tidur lagi?", abuya merasa hairan dengan kedegilam sepasang mata Zamila apabila terjaga jam 2 pagi, Zamila masih bermain sendirian.
"Tidur Zamila..."Abuya menegaskan untuk Zamila apabila bangun jam 3 pagi, dia masih belum tidur. Akhirnya Zamila tidur.

Pada 31 Mei, kira-kira jam 11.00 pagi, abuya bersama Zamila dan maksu Kamalia menuju ke Semporna. Ummi tinggal di maktab meneruskan perjuangannya.



Berama abuya di depan masjid daerah Semporna Sabah .





Bergambar di atas jambatan di Dragon Inn, Semporna .



Satu Posing Zamila di atas jambatan floating hotel, Semporna.

Bersama maksu Kamalia.

No comments:

SEDANG ONLINE