Monday, December 16, 2019

Pendidikan Pasca Sekolah Rendah

Zamila memulakan pendidikan dengan TASKI ABIM Taman Fajar. Kemudian menyambung pendudukan ke sekolah Huffaz Sandakan. Cuma Sempat satu tahun setengah. Kerana mengikut ibu bapa balik ke Kedah, berpindah, Zamila menyambung pendidikan di sekolah kebangsaan Sungai Seluang, iaitu sekolah di mana baba bertugas. Sampai Tahun 6. Keputusan UPSR Zamila sekadar 1A 3B 1C 1D.  Permohonan untuk menyambung ke sekolah menengah yang ada KAA dibuat. Pilihan pertama adalah SMK Tamjan Jelutung. Maktab Mahmud Daerah , biarpun nombor pin dibeli, namun kerana kesilapan proses mengisi online, tidak berpeluang hadir temuduga. Kalau hadir temuduga pun belum tentu dapat sebab ramai yang keputusan lebih baik tidak berjaya. Macam Najihah anak ust Nazwan, pun gagal, biarpun dapat 3A.

Ketika keputusan KAA keluar, Zamila tidak tersenerai. Zekarang, Zamila hanya ada satu pilihan yang tersedia iaitu SMK Lunas. Sekolah Feeder yang diisi oleh guru kelas.

Namun, hati ibu bapa berat untuk hantar Zamila ke sana. Kalau boleh mahu masukkan Zamila ke sekolah aliran agama. Setidak-tidaknya sekolah yang ada Kelas Aliran Agama. Nampaknya razeki Zamila ke sana tidak mudah. Ibu bapa akan buat rayuan di PPD hari ini untuk ke KAA di kawasan Kulim.

Zamila mohon untuk dibenarkan sambung belajar di sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Barokhas. Itu sekolah tempat ummi dan baba belajar. Patutkah kehendak Zamila itu dimakbulkan olehku? Aku mempertimbangkan beberapa perkara:

Kebaikan:
  1. Ia sekolah agama rakyat yang terbukti melahirkan ramai pelajar berjaya.
  2. Ia dekat dengan kampung, tokwan dan atok boleh tolong tengok.
  3. Sepupunya Naqibah turut menyambung di sana.
Keburukan:
  1. Jauh dari baba dan baba rasa patah sayap meneruskan hidup di Kulim tanpa anak di sisi.
  2. Kalau ke sana, tinggal di asrama adalah pilihan utama kerana baba tidak suka Zamila duduk dengan Tokwan dan atok, takut jadi manja dan faktor keselamatan. 
Ya Allah...berikan aku Sabilarrusydi!

No comments:

SEDANG ONLINE